Apa Itu Virus Ebola?
19.04.00
Laporan
berita kesihatan banyak membicarakan tentang virus ebola yang kian
menyerang malah angka kematian juga meningkat di serata dunia. Tetapi,
tahukah anda apa itu Virus Ebola? Ebola merupakan penyakit maut yang
menjangkiti manusia dan juga haiwan mamalia lain seperti monyet, gorilla
dan chimpanzee.
Ebola merupakan satu penyakit demam berdarah yang berpunca daripada jangkitan virus. Virus ini baru sahaja dikenalpasti dan dianggap sebagai suatu virus penyakit yang amat berbahaya di dunia.
Ebola mudah berjangkit dan boleh membawa maut. Dalam 50% – 90% kes
jangkitan, penyakit ini mengakibatkan kematian, bergantung kepada jenis
virus Ebola punca penyakit.
Fakta Virus Ebola
1. Ia
dijangkiti oleh sejenis virus dipanggil Ebola yang dinamakan sempena
nama sebuah sungai di Republik Congo di mana ia buat kali pertamanya
dikesan dan dikenalpasti pada tahun 1976.
2. Ebola
boleh berjangkit melalui darah, atau menyentuh barangan yang sudah
tercemar dengan virus Ebola seperti jarum suntikan, atau bersentuh
dengan haiwan yang dijangkiti biasanya melalui memakan dagingnya.
3. Pesakit
Ebola akan mengalami demam, sakit kepala, sakit sendi dan sakit tekak
yang kemudiannya disusuli dengan cirit-birit, muntah-muntah. Pada
peringkat akhir penyakit Ebola, pesakit akan mengalami ruam-ruam dan
pendarahan dalaman termasuk luaran.
4. Virus Ebola menyebabkan pesakit menjadi lemah, kekurangan air, lesu dan keliru.
5.
Tanda-tanda Ebola yang paling jelas merupakan pendarahan di seluruh
tubuh dan di dalam badan. Kematian biasanya berlaku dalam masa 7
sehingga 16 hari disebabkan oleh kejutan dan kehilangan darah yang
serius.
Bila Wabak ini Mula Tersebar
1. Pada
bulan Februari 2014, virus Ebola telah muncul di Guinea. Ini mewujudkan
wabak virus Ebola pertama seumpamanya yang berlaku di wilayah tersebut.
2. 28 Mac
2014, seramai 103 orang telah sah dikenal pasti dijangkiti oleh virus
dan 66 orang mangsa telah disahkan meninggal dunia di Guinea.
3. 8 kes di Liberia termasuk 6 kematian.
4. 6 pesakit di Sierra Leone termasuk 5 kematian.
Vaksin & Rawatan
1. Tiada
vaksin berlesen untuk EVD disediakan. Beberapa vaksin sedang diuji,
tetapi tidak boleh didapati untuk kegunaan klinikal.
2. Pesakit
memerlukan penjagaan sokongan yang intensif. Pesakit sering mengalami
dehidrasi dan memerlukan rehidrasi oral dengan penyelesaian yang
mengandungi elektrolit atau cecair intravena.
3. Tiada rawatan khusus tersedia. Terapi ubat baru sedang dinilai.
4.Untuk
mengelak dari penularan virus, maka yang harus dilakukan adalah tidak
berhubung dengan pesakit. Pihak perubatan biasanya memakai baju khas
yang mirip baju angkasawan untuk menutupi seluruh tubuh mereka.
5. Pesakit
juga akan diasingkan dalam sebuah bilik khas, untuk meminimumkan
penyebaran virus. Apapun yang digunakan pesakit tidak boleh digunakan
oleh orang yang sihat.
Terkini, menerusi portal berita Mynewshub.my, Pertubuhan
Kesihatan Dunia (WHO) mengeluarkan angka kematian akibat penyakit
bawaan virus Ebola telah pun meningkat dan mencecah angka 887 orang. Ia
meningkat seramai 158 orang berbanding pada 31 Julai lepas.
Malah,
dalam kenyataan Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr S
Subramaniam berkata pihaknya mempunyai keupayaan untuk mengesan dan
merawat penyakit maut melibatkan virus berkenaan.
Katanya, hospital kerajaan di seluruh negara mempunyai kemudahan untuk merawat penyakit itu dan Malaysia turut memiliki makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) yang berkeupayaan untuk mengesan virus tersebut.“Ebola adalah salah satu penyakit yang dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (PCID) 1988. Sehingga kini, tiada kes itu dilaporkan di Malaysia. Semua kementerian dan agensi kerajaan bagaimanapun diminta bekerjasama untuk mencegah situasi Ebola,” katanya.
Ketika
ini kementerian kesihatan perlu berada pada tahap berjaga-jaga paling
tinggi untuk segera mengatasi virus ini jika ia mula menyerang
warganegara Malaysia. Walaubagaimanapun, setakat ini tiada penularan
penyakit Ebola dilaporkan di sini tetapi langkah berjaga-jaga perlu
diambil.
0 komentar