SEJARAH MASJIDIL HARAM
11.07.00
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ ﴿٩٦﴾
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. – Al- Imran, ayat 96.
Sejarah Ka’bah
Dikenali juga dengan nama Baitullahil
Haram iaitu sebuah binaan batu yang tertua sekali di dunia yang dibina
untuk tujuan ibadat. Kaabah adalah Kiblat bagi umat Islam menunaikan
ibadah terutama ibadah solat. Tidak sah solat jika tidak menghadapkan
wajah ke arah Kaabah yang merupakan kiblat bagi umat Islam. Ka’bah
adalah bangunan suci Muslimin yang terletak di kota Mekkah di dalam
Masjidil Haram. ia merupakan bangunan yang dijadikan patokan arah kiblat
atau arah solat bagi umat Islam di seluruh dunia. Selain itu,ia
merupakan bangunan yang wajib dikunjungi atau diziarahi ketika musim
haji dan umrah.
Ka’bah berbentuk bangunan kubus yang
berukuran 12 x 10 x 15 meter . Ka’bah disebut juga dengan nama Baitallah
atau Baitul Atiq (rumah tua) yang dibangunkan pada masa Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail setelah Nabi Ismail berada di Mekkah atas perintah
Allah.
Jika kita rujuk Al-Qur’an surah Ibrahim ayat 37 yang berbunyi:
رَّبَّنَا
إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ
بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ
أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ
الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ ﴿٣٧﴾
Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.
Ka’bah telah wujud sewaktu Nabi Ibrahim
AS menempatkan isterinya Hajar dan bayi Ismail di lokasi tersebut. Jadi
Ka’bah telah ada sebelum Nabi Ibrahim.
Ketika Nabi saw berusia 30 tahun,saat itu beliau belum diangkat menjadi rasul.Bangunan ini dibina kembali akibat banjir yang melanda kota Mekkah pada ketika itu. Sempat terjadi perselisihan faham antara ketua suku atau kabilah ketika hendak meletakkan kembali Hajar Aswad.Namun berkat hikmah Rasulullah, perselisihan itu berjaya diselesaikan tanpa kekerasan dan pertumpahan darah.
Pada zaman
Jahiliyyah sebelum diangkatnya Rasulullah saw menjadi Nabi sampai
perpindahannya ke kota Madinah, ka’bah penuh dikelilingi dengan patung –
patung yang merupakan Tuhan bangsa Arab padahal Nabi Ibrahim as yang
merupakan nenek moyang bangsa Arab mengajarkan tidak boleh
mempersekutukan Allah, tidak boleh menyembah Tuhan selain Allah yang
satu, tidak ada yang menyerupaiNya dan tidak beranak dan diperanakkan.
Setelah pembebasan kota Makkah, Ka’bah akhirnya dibersihkan dari patung – patung tanpa kekerasan dan tanpa pertumpahan darah.
Selepas itu,
bangunan ini diuruskan dan dipelihara oleh Bani Sya’ibah sebagai
pemegang kunci ka’bah dan pemerintahan serta pelayaran haji diatur oleh
pemerintahan yang adil iaitu pemerintahan khalifah Abu Bakar, Umar bin
Khattab, Utsman bin Affan, Ali bin Abi Thalib, Muawwiyah bin Abu Sufyan,
Dinasti Ummayyah, Dinasti Abbasiyyah, dan Dinasti Usmaniyah Turki.
Pada zaman
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail as, Stuktur asa bangunan Ka’bah terdiri
atas dua pintu dan pintunya terletak diatas tanah, tidak seperti
sekarang yang pintunya terletak agak tinggi. Namun ketika Renovasi
Ka’bah akibat bencana banjir ketika Rasulullah saw berusia 30
tahun,bangunan ka’bah dibuat hanya satu pintu serta ada bahagian ka’bah
yang tidak dimasukkan ke dalam bangunan ka’bah yang dinamakan Hijir
Ismail (lihat gambar)yang diberi tanda setengah lingkaran pada salah
satu sisi ka’bah.Ketika itu pintunya dibuat tinggi letaknya supaya hanya
suku Quraisy yang boleh memasukinya.
RekaBentuk Kaabah
Bentuk
dan pembinaan Kaabah sungguh istimewa. Tingginya 15 meter/49.22 kaki.
Bentuknya hampir-hampir 4 persegi, mempunyai 4 penjuru:
Keterangan :
- Hajarul Aswad
- Pintu Kaabah
- Mizab atau Pancur Emas
- Syazarwan (konkrit kaki kaabah)
- Hijir Ismail
- Multazam
- Maqam Nabi Ibrahim a.s.
- Rukun (penjuru) Hajarul Aswad
- Rukun (penjuru)Yamani
- Rukun (penjuru) Syami
- Rukun Iraqi
- Kiswah Kaabah
- Garis Mula Tawaf
* Penjuru Hajarul Aswad yang menghala ketimur, kedudukan Hajarul Aswad dari lantai lebihkurang 1.5 meter.
* Penjuru
Iraqi, menghala ke Pihak negeri Iraq. Jaraknya dari penjuru Hajarul
Aswad lebih kurang 12 meter/39.37 kaki. Di sinilah terletaknya pintu
Kaabah dan Multazam.
* Penjuru
Syami, menghala ke negeri Syam, jaraknya dari penjuru iraqi lebih kurang
11 meter/36.1 kaki dan di sinilah terletaknya Hijir Ismail. Hijir
Ismail adalah sebahagian dari Kaabah yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s.
Maka tidak sah tawaf melalui sebelah dalam Hijir Ismail kerana ia
sebahagian dari Kaabah.
* Penjuru
Yamani, iaitu penjuru yang menghala ke negeri Yaman. Jaraknya dari
Penjuru Syami lebih kurang 12 meter/41.02 kaki, dan Jaraknya ke Penjuru
Hajarul Aswad 10.25 meter/33.63 kaki.
Pembinaan dan Pembaikpulih
Diriwayatkan bahawa Kaabah dibina
beberapa kali sehingga kehari ini. Dibina oleh malaikat sebelum Nabi
Adam as, iaitu daripada permata Yaquut merah. Kemudian diangkat ke
langit pada banjir besar yang melanda Makkah. Kata-kata ini disokong
oleh firman Allah:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿١٢٧﴾
Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah berserta Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya engkaulahyang maha mendengar lagi maha mengetahui,” – surah al-Baqarah, ayat 127.
Sendi itu diangkat menunjukkan bahawa
sendi, iaitu asasnya sudah pun ada (dibina), jadi Baitulllah al-haram
sudah pun ada sebelum Ibrahim as dan Ibrahim membinanya semula di atas
asas itu. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Nabi Adam telah mengerjakan
haji sebanyak 40 kali dari India ke Makkah berjalan kaki, kekallah ia
tawaf Kaabah itu, begitu juga diikuti oleh anaknya hingga pada hari
berlakunya banjir, lalu Allah angkatkan ke langit kempat.
Diriwayatkan bahawa Allah membina di
langit sebuah rumah yang dikenali sebagai Baitul Makmur. Dia menyuruh
malaikat supaya tawaf sekelilingnya, kemudian Dia menyuruh malaikat di
bumi supaya membina sebuah rumah di bumi mengikut ukurannya dan
bentuknya, dan mereka hendaklah tawaf sebagaimana ahli langit tawaf
Baitul Makmur.
Sebenarnya Nabi Ibrahim tidak tahu di
mana ia harus membinanya, lalu Allah memberitahu kepadanya tempatnya
dengan angin yang bertiup. Angin tadi menyapu sekeliling rumah itu, lalu
Ibrahim membinanya di tapak asal.Dalam doa Ibrahim as, ada dalil yang
menunjukkan bahawa dia membina binaan itu di atas asas yang terdahulu
sebagaimana firman Allah:
“Rabbanaa taqabbal minna – surah al-Baqarah, ayat 127.
‘Taqabbal minna’
bermaksud “terimalah daripada kami (amalan kami).”Ada perbezaan di
antara lafaz ‘qabul’ dan ‘taqabbul’ dalam bahasa Arab. Lafaz ‘taqabbul’
dibina atas takalluf atau susah payah; digunakan apabila sesuatu perkara
yang dibuat itu ada kekurangan yang mana tidak layak diterima amalan
itu melainkan melalui jalan kemurahan Allah.Berbeza dengan lafaz
‘qabul’.
Lafaz ini
tidak ada makna seperti lafaz ‘taqabbul’. Seandainya Ibrahim as membina
asasnya sebagaimana binaannya, nescaya kerjanya menjadi lengkap dan
sempurna, tiada lagi kekurangan, dan dia tidak berdoa dengan lafaz
‘taqabbul’, sebaliknya dengan lafaz ‘qabul’.
Pemilihan
lafaz ‘taqabbul’ ini sebagai pengiktirafan daripada Ibrahim as sendiri
dan juga anaknya Ismail as mengenai kekurangan dalam pekerjaan itu. Dia
tahu bahawa bukan dia atau Ismail yang membina binaan Kaabah itu dari
awal, dia hanya mengangkat sendi-sendinya. Dibina oleh Quraisy sebelum
kebangkitan Nabi Muhammad saw dan Rasul sendiri hadir bersama mereka
ketika pembinaan berkenaan.
Tatkala
mereka ingin meletakkan Hajarul Aswad, mereka berbalah-balahan di antara
satu sama lain, siapa atau puak mana yang diberikan kemuliaan untuk
meletakkan batu berkenaan ke tempat asalnya. Mereka kemudian bersetuju
untuk melantik orang yang mula-mula sekali ke Masjidil Haram. Kebetulan
Nabi Muhammad saw adalah orang yang pertama masuk.
Dengan
kepintaran Baginda saw, disuruhnya puak yang bertelagah itu menyediakan
satu bentangan kain, kemudian meletakkan batu itu di
tengah-tengahnya.Masing-masing ketua setiap suku kaum memegang bucu kain
itu dan dibawa ke tempat letaknya, kemudian Nabi Muhammad saw sendiri
mengambil Hajarul Aswad dan meletakkan di tempatnya.
Dibina oleh
Abdullah bin Az-Zubair ra., iaitu binaan yang kekal sampai ke hari ini.
Selepas Nabi Ibrahim dan anaknya, Ismail, membina Rumah itu, Allah
mengarahkannya supaya menyeru manusia datang bersembahyang di situ, lalu
Nabi Ibrahim berkata:
“Wahai
Tuhanku, suaraku tidak sampai (untuk menyeru semua manusia).” Allah
berfirman: “Hendaklah kau azan dan Aku menyampaikannya.”
Nabi Ibrahim terus naik ke Bukit Safa dan menyeru:Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa sesungguhnya Tuhanmu telah membina sebuah rumah dan mewajibkan ke atas kamu haji ke Baitul ‘Atiq, maka hendaklah kamu menyahut seruan Tuhan kamu itu, dan kerjakanlah haji di Baitullah al-haram supaya dengannya Dia akan memberikan kamu pahala dan menjauhkan kamu daripada api neraka. Lalu ia berkata: Labbaikallahumma labbaik’.
Golongan
pertama yang menyahut seruan itu ialah ahli Yaman (penduduk Yaman),
merekalah yang paling banyak mengerjakan haji. Setiap yang mempunyai
niat buruk terhadap rumah itu, pasti Allah akan membinasakannya.
Lihatlah kepada tentera bergajah Abrahah yang ingin meruntuhkan Kaabah,
Allah menghantar ke atas mereka burung ababil yang melontari mereka
dengan batu daripada neraka lalu hancurlah mereka seumpama daun yang
dimakan ulat.
Sesungguhnya
Nabi Ibrahim mengangkat sendi rumah itu bersama Ismail. Adapun sendinya
memang sudah pun ada. Faktor alam sekelilinglah yang menutup atau
melitupi sendi ini, lalu Allah zahirkan pada Ibrahim ketika awalnya
ketika Ismail masih bayi.Selepas Ismail meningkat usianya sehingga boleh
membantu ayahnya, Allah memerintahkan Ibrahim mengangkat sendi-sendi
tadi.
Sesungguhnya
Ibrahim telah mengetahui (dengan petunjuk Allah) tanah wadia atau
lembah yang khusus padanya ada Baitullah. Seandainya ia tidak mengetahui
dengan tepat kedudukan Rumah Allah di tanah itu, kenapa pula Nabi
Ibrahim datang bersama Hajar dan anaknya lalu meninggalkan mereka di
situ, sambil berdoa sebagaimana dalam firman-Nya:
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat Rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati,” – surah Ibrahim, ayat 37.
Kata Nabi
Ibrahim itu menunjukkan bahawa kewujudan Rumah Allah itu sudah pun
diketahui ketika ia hendak menempatkan isteri dan anaknya di situ. Akan
tetapi tempat kedudukan Rumah itu tidak diketahui oleh Ibrahim. Ini
adalah peringkat pertama bagi hubungan Ibrahim dengan Rumah
berkenaan.Kemudian datang peringkat kedua, iaitu Allah menerangkan
kepada Ibrahim kedudukan rumah itu. Firman Allah:
وَإِذْ
بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي
شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ
السُّجُودِ ﴿٢٦﴾
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami tentukan bagi Nabi Ibrahim tempat Kaabah (untuk membinanya, lalu Kami berfirman kepadanya): Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu dan sucikanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).- (Surah al-Hajj, ayat 26)
Kemudian Allah berfirman selepas daripada itu:
Sucikanlah rumahKu (Kaabah ini) bagi orang-orang yang tawaf dan orang-orang yang berdiri dan yang rukuk serta yang sujud (mengerjakan sembahyang).- (Surah al-Hajj, ayat 26)
Kerja ini
tidaklah terlalu rumit bagi Ibrahim melakukannya seorang diri kerana
hanya menyapu pasir dan batu kecil yang menutupi asas binaannya.Sebab
itulah Ismail tidak mengambil peranan menolongnya pada peringkat ini.
Lagipun, Baginda masih kecil ketika itu. Kemudian datang marhalah ketiga
yang mana perlu kepada bantuan. Ketika ini Ismail sudah membesar yang
mencapai peringkat boleh menolong bapanya. Pada marhalah ini, Ismail
muncul sebagai pembantu Nabi Ibrahim dalam mengangkat sendi binaan. Maka
turunlah ayat yang bermaksud:
Dan (ingatlah) tatkala Ibrahim meninggikan (membina) dasar Baitullah bersertaIsmail (seraya berdoa): Ya Tuhan kami, terimalah daripada kami (amalan kami),sesungguhnya engkaulah yang maha mendengar lagi maha mengetahui” – surahal-Baqarah, ayat 127.
Ayat ini
menunjukkan penyertaan Ismail dalam doa itu menandakan bahawa Ismail
sudah pun dalam usia yang ia tahu ia turut serta dalam beribadat kepada
Tuhan yang ia minta perkenan. Rumah Allah yang pertama dibina di atas
muka bumi ini ialah rumah yang disambung binaannya oleh Nabi Ibrahim dan
anaknya Ismail. Allah berfirman bermaksud:
Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia,” – surah Ali Imran, ayat 96.
Selagi rumah
itu dijadikan untuk manusia, maka secara automatik yang meletakkannya
(yang membinanya) adalah bukan daripada golongan manusia. Sesungguhnya
Rumah Allah itu dibangunkan untuk tujuan ibadat kepada Allah. Allah yang
memilih tempatnya dan mengkhabarkan kepada malaikat akan
batas-batasnya. Sebab itulah ayat ini datang dengan ayat pasif, tidak
disebutkan siapa pembinanya (faa-‘il dalam bahasa Arabnya). Pembuatnya
tidak disebutkan sebagai lambang pembinanya adalah ghaib, iaitu Allah,
yang melaksanakannya juga di alam ghaib, iaitu malaikat.
Apabila kita
melihat kepada perkataan ‘An-Naas’ dalam ayat itu, kita akan dapati
bahawa ia mencakupi semua individu manusia, dari Adam hinggalah ke hari
kiamat. Tetapi, mungkin dipersoalkan, kenapakah permulaan itu bermula
dari zaman Ibrahim, bukan daripada Adam lagi? Bukankah Adam juga manusia
dan termasuk dalam perkataan ‘An-Naas’ seperti dalam ayat itu.
Sebagaimana yang disebutkan di atas bahawa sesungguhnya Kaabah dibina
oleh malaikat sebelum Nabi Adam as. Ibnu Kathir dalam tafsirnya memetik
hadis daripada sahih Muslim, daripada Abu Dzar berkata:
“Aku
telah bertanya Rasulullah saw mengenai masjid yang pertama sekali
dibina dibumi, lalu Baginda menjawab: Masjidil-Haram. Aku berkata:
Kemudian apa? Masjidil-Aqsa, kata Baginda. Aku bertanya lagi: Berapa
jarak masa antara kedua-duanya? Rasulullah menjawab: 40 tahun, kemudian
tanah/bumi ini dijadikan untukmu sebagai masjid, maka di mana saja kamu
berada, hendaklah kamu solat.”
Mujahid
berkata: Saling berbangga-bangga antara orang Islam dan orang Yahudi.
Yahudi berkata: Baitulmaqdis lebih agung dan lebih mulia daripada Kaabah
kerana ia tempat yang pernah didatangi oleh nabi-nabi dan ia terletak
di tempat yang suci.
Orang Islam
berkata: Bahkan Kaabah lebih afdhal, lalu turunlah ayat daripada surah
Ali Imran ini. Kata Mujahid lagi, Allah telah mencipta tempat asas rumah
itu 2000 tahun sebelum diciptakan mana-mana makhluk di atas muka bumi
ini dan sendinya sudah pun ada di lapisan bawah bumi yang ketujuh. Ada
pun Masjidil Aqsa dibina oleh Nabi Sulaiman a.s sebagaimana hadis yang
dikeluarkan oleh An-Nasaei dengan isnad yang sahih daripada Abdullah bin
Amru.
Timbul
kemusykilan di sini kerana jarak masa di antara Nabi Ibrahim dan Nabi
Sulaiman agak panjang. Ada yang mengatakan lebih daripada 1,000 tahun.
Sudah tentu ini ada percanggahan di antara dua hadis tadi. Bagi menjawab
persoalan ini, kita ambil satu riwayat yang mengatakan bahawa Nabi
Ibrahim dan Nabi Sulaiman hanya memperbaharui saja asas yang dibina oleh
orang lain sebagaimana ada riwayat yang mengatakan bahawa orang pertama
membina Rumah Allah itu ialah Adam. Maka tidak mustahil ada daripada
anaknya yang membina Baitulmaqdis selepas 40 tahun Kaabah dibina.
Kemungkinan juga ia dibina oleh malaikat selepas ia membina Kaabah di
Makkah dengan izin Allah. Semua itu adalah mungkin, hanya Allah yang
lebih mengetahui.
Baitullah
terletak di Makkah seperti yang disebut dalam ayat daripada surah Ali
Imran bahawa Rumah itu di Bakkah. Bakkah mengikut Al-Qurthubi ialah
kawasan letaknya asas Baitullah itu manakala Makkah ialah negeri Makkah
seluruhnya. Jadilah Kaabah sekarang kiblat umat Islam di seluruh dunia.
Ia adalah salah satu lambang penyatuan umat Islam seluruh dunia. Bahkan,
umat sebelum Nabi Muhammad saw juga berjalan bersama nabi mereka ke
arah mentauhidkan Allah yang Esa. Lihatlah peristiwa Nabi Ibrahim ketika
saat akhir Baginda sebelum meninggal dunia. Dipanggil semua anak
cucunya (Ismail, Ishak, Yaakub dan lain-lain) dan diberikan wasiat untuk
mereka.Bukannya harta dan wang ringgit tetapi dengan pesanan:
Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu matikecuali dalam memeluk agama Islam,” – surah al-Baqarah, ayat 132.
Begitu juga tatkala Yaakub hendak
meninggal dunia, Baginda bertanya kepada anaknya apa yang akan disembah
mereka selepas Baginda meninggal dunia. Lalu mereka semua menjawab:
Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail, Yaakub, Ishak, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya.” surah al-Baqarah, ayat 133.
Akan tetapi, daripada keturunan inilah
juga munculnya Yahuda (anak Yaakub) yang akhirnya namanya diambil
sebagai satu agama, iaitu Yahudi. Dari keturunan ini jugalah lahirnya
agama Nasrani yang menyeleweng lagi sesat. Alangkah baiknya andainya
mereka semua kembali kepada agama asal nenek moyang mereka sebagaimana
pengakuan mereka dulu. Tahun 64H
Zaman Khalifah Abdullah Ibnu Zubair,
membinanya kembali sebagaimana plan yang dikehendaki oleh Rasulullah
s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Syaidatina A’isyah r.ah.
Dalam tahun 74H – Zaman Abdul Malik bin
Marwan mengubahnya kembali, membuang tangga kayu yang telah dibina oleh
Abdullah ibnu Zaubair, setelah beliau mendengar hadith daripada
Rasulullah ketika mengunjungi kaabah bagi melakukan umrah, beliau
sungguh menyesal.
Dalam tahun 1039H Sultan Murad Khan – 2
bahagian dinding Kaabah di timur dan barat telah runtuh kerana banjir
besar. Hal ini berlaku pada 20 Sya’aban 10 Hijrah bersamaan 3 April 1620
Masehi.
Dalam tahun 1996 – Kaabah diubahsuai
binaannya sehingga sekarang dengan bentuk yang berbeza dengan bangunan
yang dibina oleh Abdullah ibnu Zubair mahupun Khalifah Abdul Malik bin
Marwan. Yang tetap hanyalah Kedudukan Hajarul Aswad sahaja.
Hajar Aswad
Hajar Aswad
merupakan batu yang dalam agama Islam dipercayai berasal dari syurga.
Yang pertama kali meletakkan Hajar Aswad adalah Nabi Ibrahim as. Dahulu
kala batu ini memiliki sinar yang terang dan dapat menerangi seluruh
jazirah Arab. Namun semakin lama sinarnya semangkin malap dan hingga
akhirnya sekarang berwarna hitam. Batu ini memiliki aroma wangi yang
unik. Sehingga kini, batu Hajar Aswad tersebut diletakkan di sisi luar
Ka’bah sehingga mudah bagi seseorang untuk menciumnya. Mencium Hajar
Aswad adalah Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.
Ia merupakan
sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama – kelamaan
menjadi hitam sebab disentuh oleh orang – orang musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat.
Ini
diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam yang
bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:
Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam ” . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Pada awal tahun gajah, Abrahan Alasyram
penguasa Yaman yang berasal dari Habsyah atau Ethiopia, membangunkan
gereja besar bertujuan untuk menghancurkan Ka’bah dan memindahkan Hajar
Aswad supaya dapat mengikat bangsa Arab untuk melakukan Haji ke Sana.
Abrahah kemudian mengeluarkan perintah supaya penyerangan terhadap
Mekkah dan dipimpin olehnya dengan pasukan gajah untuk menghancurkan
Ka’bah. Beberapa suku Arab menghalang pasukan Abrahah, tetapi pasukan
gajah tidak dapat dikalahkan.
Abrahah telah mengirimkan utusan kepada
penduduk kota Mekkah bahawa mereka tidak akan bertempur dengan jika
mereka tidak menghalang penghancuran Ka’bah. Abdul Muthalib,ketua suku
Quraisy, mengatakan bahawa ia akan mempertahankan hak-hak miliknya,
tetapi Allah akan mempertahankan rumah-Nya, Ka’bah.Hari berikutnya,
ketika Abrahah bersiap untuk masuk ke dalam kota, kelihatan
burung-burung yang membawa batu-batu kecil dan melemparkannya ke pasukan
Ethiopia. Kesannya semua orang telah terbunuh. Kejadian ini diabadikan
Allah dalam surah Al-Fil.
|
Makam Ibrahim
Makam
Ibrahim bukan kubur Nabi Ibrahim sebagaimana banyak orang berpendapat.
Makam Ibrahim merupakan bangunan kecil terletak di sebelah timur Ka’bah.
Di dalam bangunan tersebut terdapat batu yang diturunkan oleh Allah
dari syurga bersama-sama dengan Hajar Aswad. Di atas batu itu Nabi
Ibrahim berdiri di saat beliau membangun Ka’bah bersama sama puteranya
Nabi Ismail. Dari zaman dahulu batu itu sangat terpelihara, dan sekarang
ini sudah ditutup dengan kaca berbentuk kubbah kecil. Bekas kedua tapak
kaki Nabi Ibrahim yang panjangnya 27 cm, lebarnya 14 cm dan dalamnya 10
cm masih nampak dan jelas dilihat orang ramai.
Multazam
Multazam terletak antara Hajar Aswad dan
pintu Ka’bah berjarak kurang lebih 2 meter. Dinamakan Multazam kerana
dilazimkan bagi setiap muslim untuk berdoa di tempat itu. Setiap doa
dibacakan di tempat itu sangat diijabah atau dikabulkan. Maka disunahkan
berdoa sambil menempelkan tangan, dada dan pipi ke Multazam sesuai
dengan hadis Nabi saw yang diriwayatkan sunan Ibnu Majah dari Abdullah
bin Amr bin Al-Ash.
Akhir kata,semoga artikel “Ka’bah” ini
boleh membawa mangfaat, menyejukan hati dan menambahkan semangat kita
dalam mengenal dan mencintai rumah Allah
0 komentar