Kelebihan Dan Keajaiban Air Zam Zam
18.41.00
Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga
zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia
tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja
Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar
seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusok dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam
ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-
masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10
juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah
dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1
liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter !!.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota
Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari
air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap
terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya
Allah.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal
yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk
menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke
Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia
yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah,
mendapat tugas menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum
ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang
begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat
terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14
kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil
ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini
berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air
zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat,
dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang
mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga
dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu
hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5
kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk
memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya.
Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak
menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga
ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu
keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara
tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak
menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang
boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk
lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil
mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan
apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini
dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil
berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing
mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke
tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar
dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah
dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida
yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi
ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan
dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal
kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu
sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam
dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa
kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya
telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan
umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit
Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi saw menambahkan: “Air
zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika
engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang,
maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa
hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air
tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. (HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (saw) pernah mengambil air
zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya
kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk
memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan
di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari
yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di
sekitar Makah.
1. Kadar Kalsium dan
garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk
menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada
masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air
zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering
sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar
jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air
zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
0 komentar